dah koyak!!!

Posted on July 1, 2009 by ahaks.
Categories: Uncategorized.

pagi tadi aku bangun lambat sebab malam tadi aku tido lambat…??? perlu ke cerita?? hahaha..ok, abaikan. dah bangun lambat kelam kabut la aku bersiap nak pegi lab. capai je ape yang perlu di iron…ooppsss..arini ari rabu la, aku tak bole pakai jeans. walaupun tengah cuti ni tak kesa pun pakai jeans tapi aku dah biasa dengan rule tu, so no jeans for today. then aku pun capai la satu2 nye seluar bukan jeans yang aku ade except sluar track.

arini, aku g lab dengan sifah lagi, naik motor. mase kat parking motor kat jabatan tetibe sifah tegur, tasha, sluar baru ke?. Eh, tak de la, lame dh… dah 3 tahun aku pakai sluar tu…hoho

aku pun buat keje macam biasa kat lab. ja cakap dia lapar sebab semalam satu hari dia tak makan mase pegi sampling. so aku pun teman dia makan kat cafe ekonomi, aku dah beli makanan kat padang so, aku dok kat meja je la tunggu ja amek nasi. bila ja sampai je, aku terus bangun nak pegi basuh tangan.

dua tiga langkah lepas aku bangun je tetiba, sluar aku tersangkut kat kerus yang dah rosak.. aku pun tengok la sluar aku sebab nk tarik dari kerusi tu..wtf..sluar aku dah terkoyak, hampeh giler seh… koyak kat tepi lutut. tapi aku tak ade rase malu, segan, cemas, cuak dan sebagainye la… sebab mase tu otak aku pikir pasal keje aku kat lab yang tak settle lagu tuh…

so aku pun dengan selumber pegi basuh tangan dan makan dengan gembira..haha. mase jalan kaki nak pegi lab balik pun aku tak de rase segan ke ape ke, maybe sebab ade member so ley la slumber…hoho. kat jabatan pun aku jalan dengan selumber and terlupa yang seluar aku ni koyak…haha

kul5petang tadi member aku sume dah balik tinggal aku sorang je la yang tak balik lagi. so, aku pun balik jalan kaki la sebab kolej aku dekat je dengan fakulti… so, korang mesti dapat bayangkan keadaan aku mase tu…. jalan dengan seluar yang koyak…doh.. sepanjang aku jalan tu,aku merancang strategi untuk elak berjalan kat tempat yang ramai orang. disebabkan koyak tu kat sebelah kiri so aku akan pastikan orang yang lalu lalang tu sentiasa berada di sebelah kanan aku. ok, settle…tapi nyaman jugak jalan pakai seluar tu…wakaka

tapi bila sampai je kat KMR?? junior tengah berkumpul dekat kat court yang aku kena lalu untuk balik kolej. adus, segan weyh… fasi sume padang kat aku lak tu..ces.. aku wat selumber je, muka padang depan, jalan dengan confident..

ok, lepas dah KMR, kat padang lak tak de orang, so..selamat..dah sampai dekat kolej jalan pandang depan je jangan buat muka bersalah sebab aihong kat kolej. sampai gak aku kat bilik..fuh!! penatnye..

WAAAAA….sedeynye sluar aku dah koyak…baru plan nak cut budget sem depan, tak nak beli baju, seluar dan segala… bila sluar dah koyak kena la beli baru kan kan kan….hoho.

  

ketakutan? paranoid?

Posted on by ahaks.
Categories: Uncategorized.

aku punye gelabah dari malam tadi tak hilang2 lagi… mane tak nye, mase aku pegi lab naik motor dengan sifah, pakgurad kat pintu keluar tu ley pulak nak tahan2 kitaorang…cuak giler kalau tetibe dia tanye ape2… pastu aku tengok pakguard arini muka cam semacam je, cam tengah mengintip orang je…tapi tak tau la kalau tu cuma perasaan aku je atau keadaan tu memang betol2 berlaku. tetibe je aku rasa cuak bila nampak pakguard bercakap kat walkie talkie, aku rasa macam diaorang tengah report kat TNC yang aku ni duduk secara haram kat sini…paranoid nye aku!!!

sekarang ni aku kat lab sebab aku takut sangat nak baik kolej, aku takut mase aku balik tetibe terserempak dengan orang pengurusan..mati la aku kalau diaorang cam muka aku. tak tau la nak balik pukul bape… rase cam nak mengabdikan diri kat sini je..hoho. tak tau la kenapa diaorang ni rajin sangat nak check2 bilik ni…diam2 sudah la…

Aku penakut ke? atau Aku ni paranoid? same ke dua2 tu?

  

bahaya weyh….

Posted on June 30, 2009 by ahaks.
Categories: Uncategorized.

aku rasa cam nak mati je kejap tadi…. kalau korang nak tau, aku ni duduk secara haram kat hostel sebab student selain pmbantu universiti dengan MTM tak bole duduk ade kat kawasan UPM mase minggu orientasi junior… disebabkan projek aku yang tak siap lagi tu and tak bole nak delay so aku terpaksa la duduk kat sini… aku dah mintak baik2 dengan pihak pengurusan nak sewa bilik tapi diaorang tak bagi so aku pun aihong je la….jangan nak salahkan aku pulak….

tadi mase aku tengah lepak2 sambil tengok cite taken tetibe ade orang jerit cakap TNC nak datang…. hilang darah aku jap bile dengar… nak mati ke kalau jumpe dengan TNC…. aku memang jenis orang yang gelabah tahap gaban so bila dengar je terus tak bole duduk diam, pastu rasa nak lari je jauh2 dari kolej aku… ja suruh stay je dalam blok..stay kat dalam bilik lepas tu tutup lampu atau nyorok kat bilik study sebab kat situ jarang orang check…

tapi aku ni gelabah tahap gaban la katekan..sumenye aku tak nak… aku yang ade dalam otak aku mase tu… AKU NAK LARI JAUH2, AKU NAK MENYOROK KAT TEMPAT YANG TAK ADE ORANG, AKU TAK NAK TNC ATAU ORANG NAMPAK AKU!!! punye la gelabah mase tu…

tapi aku kesian kat ja, dia penat2 balik sampling kat Linggi tadi pastu dah kena teman aku pegi menyorok pulak tu…. mengantuk dia mase menyorok tadi, sampai je bilik terus tido..hohoho..thanks ja sebab teman aku…

mula2 kiteorang duduk kt kiosk K2…pastu aku rasa tempat tu terang sangat nak menyorok…lagi satu, aku takut kalau tiba2 TNC lalu kat situ….bahaya woh..so, aku ajak ja duduk kat tempat lain yang lagi tersorok..best gak port tu..hahaha tapi banyak nyamuk…kalau aku nak menyorok lagi kat situ aku kena la bawak ubat nyamuk…hoho

tempat aku sembunyi tu aku tak bole bagitau sebab nanti orang bole cari la aku kat situ kalau ade ape2…haha

aku dah penat menyorok tadi so aku nak tido…yang aku tau sekarang ni pengetua kolej aku ade kat pejabat lagi dan aku tak tau dia buat apa kat situ…kalau tetiba pukul3pagi dia nak check bilik tu aku tak tau la kan….cam nak redha je la kalau kena tangkap….memang cari nahas namenye…silap2 kena buang kolej…

ape yang aku fikir sekarang ni, aku nak balik umah!!! tak nak hidup dalam ketakutan camni…aku tak bole hidup macam ni sebab aku ni memang gelabah… bila dah mengelabah semua orang jadi mangsa…kesian2 kat sape2 yang ade dengan aku bila aku dah mengelabah… dan aku menulis ni pun dalam keadaan gelabah jugak takut2 tetibe pengurusan check bilik kan…tengah gelabah =P

helmet aku separuh je???

Posted on June 13, 2009 by ahaks.
Categories: Uncategorized.

aku sakit kepala ni…ni sume sebab kena hujan la siang tadi…aish…basah kuyup aku..

aku ni penumpang setia motor kawan-kawa aku sebab aku tak de lesen…pulak tu, pagi tadi aku kena pegi lab(ari sabtu).. disebabkan kebarangkalian untuk korg dapat bus pada hari sabtu sangat la kecik..solution nye aku jadi penumpang yani… dah jadi penumpang tu aku kena la terima je la ape yang diberi tanpa rungutan, kalau tak nanti orang kata demand la pulak…

sepanjang aku jadi penumpang yang setia..aku hanya dibekalkan dengan setengah helmet je…bukan sebab aku share separuh-separuh dengan membe aku, sebab helmet tu memang bentuk hemisfera… aku tak kesa la pakai helmet tu, yang penting aku bole tumpang orang naik motor pegi mana-mana dan at least ade benda yang bole tutup kepala walaupun tak selamat cam pakai helmet full… tahap keselamatan helmet separuh, half dari helmet full.. tapi tahap keselamatan helmet yang aku pakai tu dah tinggal half je dari helmet separuh, maknenye tahap keselamatan helmet aku tu dah tinggal 1/4 je dari helmet full…sebab tali helmet tu dah tak bole nak ikat dah so kena guna pin dan memang tak ketat pun kalau aku pin… so, kalau accident MACAM MANE?! MACAM MANE?! bole berkecai seh kepala aku ni…aish… tapi aku bersyukur gak…sebab bole tumpang kawan-kawan aku yang sanggup bawak aku dan tak merungut so aku pun tak bole merungut…thanks frens sebab korang sanggup angkut aku pegi sane sini

pagi tadi pegi lab dengan yani sebab tak ade bus… aku cam biasa la pakai helmet separuh tu, penumpang kan….so pakai je la helmet tu tanpa kerisauan… tapi bila nak balik tengah hari tadi, tetibe hujan la pulak… aku suruh yani redah je sebab aku tak kesa, basah pun same-same…. tapi yani kate dalam motor dia ade baju hujan, dia kate muat untuk aku dengan dia…so, tak kesa la kan..

bila dah naik motor dan dah pakai baju hujan tu, aku tarik-tarik baju hujan yang yani pakai just cukup-cukup untuk yani dengan beg kiteorang yang kat tengah tu… abes tu aku?? aku basah la kena hujan… mase atas motor tu, bape kali yani suruh aku tarik baju hujan tu biar aku bole masuk dalam baju hujan tu… tapi memang tak bole.. so, atas motor dalam keadaan hujan lebat dengan kilat yang sambar meyambar mase tu, aku belindung bawah helmet separuh tu je….yani pakai baju hujan+helmet full siap viser lagi tu…. aku ape lagi, bukan setakat basah kuyup, basah kayap terus…

dan sekarang ni aku sakit kepala, so…aku nak tido…

*aku post cite ni sebab aku tau yani nak sangat cite aku dengan dia masuk dalam blog ni….ngeee

aku kena pinang

Posted on June 12, 2009 by ahaks.
Categories: Uncategorized.

pergh…ni memang cite giler la….aku tak sangka benda ni akan betol-betol jadi dalam hidup aku….aku tak ready lagi la dengan benda-benda cam tu….weyh, mati la aku macam ni…ape aku nak buat ni…dah ade orang pinang aku ni….dah la orang yang pinang aku tu orang tua…geli betol aku nak layan orang tua tu…aish…

seriously, memang aku nak nangis bila abah aku kate ade orang pinang aku….aku memang rase menyesal sangat sebab perangai aku yang suka berfoya-foya tu..nah..amek kau, terkena dengan orang tua miang….so, sekarang aku tak tau nak buat ape…

nasib baik la, abah aku bagitau benda tu dalam mimpi..so, bole la aku lari lagi dari orang tua yang pinang aku….aku cepat-cepat sedarkan diri aku…yes, selamat aku…hahaha…

serius weyh, aku emmang takut giler malam tadi…aku memang terpikir-pikir bila aku bangun dari tido….aku memang belum ready untuk sume tu…so..korang dah ready ke untuk sume tu???

lepas ni insyaAllah aku akan cuba la, nak tinggalkan terus tu tak mungkin kot….hoho..kurangkan berfoya-foya kat chat room…ni sebab banyak sangat chating la sampai dapat mimpi ngeri dan menyeramkan tu..aish..

tak tau nak cakap ape…

Posted on by ahaks.
Categories: Uncategorized.

Gay penguins adopt chick..

weyh…aku terkejut glew bila jumpa video ni kat yahoo….aku pun trus post kat blok cz aku perlukan penjelasan… sape-sape yang tau tu please explain kat aku dengan cepat… kalau tak aku akan mula pandang serong kat penguin plak lepas ni…hoho

  

sape adik beradik ko??

Posted on by ahaks.
Categories: Uncategorized.

dalam coursemate aku ade banyak adik beradik….cam dalam family…ade sepupu @ kupu-kupu, mak su, mak long, neni…

kalau korang nak tau…aku adalah anak kepada zuzu, adik kepada fariza dan akak kepada zai… kupu-kupu aku pulak, syfiqah, leha, zimah n susu merangkap anak kepada mak long aku, milen….

tadi aku bru jumpe dengan lagi satu adik beradik…kalau korang nak tau..diaorang ni adik beradik tut tut…haha..nak tau sape diaorang???

nah…ini dia adik beradik tut tut tu…haha

ade lagi gambar diaorg..cam adik beradik

lupe nak gtau…kema adalah neni aku (kena mention, nty neni merajuk, tak dapat la harta…haha)

OK.. 9a.m.

Posted on June 11, 2009 by ahaks.
Categories: Uncategorized.

dah bape kali supervisor aku bagi hint (lebih kurang cam sindir) kat aku suruh jumpe dgn Dr. Ain untuk discuss pasal fungi isolation method. tau je la aku ni snaily girl…so lambat la aku bertindak untuk semua tu…

3ari yang lepas aku bru jumpe journal yang ade method lebih kurang dengan method yang aku kena guna nanti…so..snaily girl perlukan masa untuk study ok! 2ari aku study untuk satu journal tu..bila dah paham dengan confidentnye baru la aku ready untuk jumpe dengan Dr. Ain.

semalam…

pagi, lepak kat library dulu…study dan wat ape yang patut..tapi hotspot yang tak hot kat library telah membantutkan semuanye…

petang, dah confident…g jabatan jumpe Dr. Ain..sampai kat depan bilik Dr… TIADA..owh, ok…tak pe, sabar..tunggu jap dalam 30minit..dah 30minit, banyak nye kasut kat depan pintu bilik Dr. adus…ramai la pulak jumpe Dr petang-petang cam ni…pastu ade sorang foreigner tengah tunggu turn..memang aku tak bole jumpe Dr la arini…

kena la tinggalkan note…(aku dah wat kt bilik note ni, in case kalau Dr tak de tinggal tampal je kt board, tak de la gelabah nak cari kertas nak tulis)

Salam, Dr. Ain,

I’m Natasha, final year project student under Dr. Azwady. Can I meet Dr. tomorro regarding to isolation of fungi method?

Tq Dr.

Natasha (siap tinggalkan no fon n tulis date dengan harapan Dr akan hantar msg o call, kena tulis date kalau tak Dr tak tau note tu zaman bila orang tampal kat situ)

aku pun balik kolej dengan keadaan yang sangat stress… stress bertambah sebab tunggu bus lame sangat so msg kema ajak pegi jogging nak hilangkan stress…

arini bangun kul8.20…dah tau nak jumpe lecturer bole pulak bangun lambat tu…sempat lagi basuh baju+++ sebab bekalan dah abes… pastu mandi, bersiap, sapu tuna atas roti terus keluar bilik, makan sambil jalan sebab dah lambat sangat… naik bus kul9.12+jalan jam= kul9.40 baru smpai jabatan.

terus pegi bilik Dr.Ain dengan harapan dia reply note aku semalam…samapi depan pintu bilik dia trus tengaok note tu…dia reply “Ok..9a.m.” aku tengok jam..9.40..shit..lambat 40minit…sign depan pintu Dr..TIADA..alamak bila la aku nak jumpe dengan Dr ni…amek note tu trus buang dalam tong sampah…

ermmm…try ketuk pintu dulu mane tau Dr ade kat dalam…hampa….Dr. tak de…sedey glew…trus kol zu..

aku: zu, ko kat museum ke?

zu: ha’ah

aku: aku nak datang sane (bukan nak datang je, nak lepak terus)

zu: datang la…

mengadu nasib dengan kema dengan zu…pinjam laptop kema, check bolg jap…main-main jap…

kul10.30 turun bilik Dr…aish..budak master lak tengah jumpe dengan Dr…aku pun naik museum balik…

kul11.30 turun balik….aku pun ketuk pintu dengan bagi salam…yes!! Dr ade…so…berdikusi la kami…haha..hepinye…

hepi nye aku dah tau camne nak isolate fungi….trus jalan pegi bus stop dengan hati yang menyanyi riang nak balik kolej… sampai lupe, aku nak pegi library lepas jumpe Dr Ain…

turun je bus..kaki aku dengan pantas jalan pegi foodcourt dengan telinga yang dengar lagu 4minutes, naikkan adrenalin rush aku, wat aku excited untuk makan…sampai kt foodcourt, tetibe je arini sume lauk nampak sedap(sebab hati tengah senang)…so aku amek semuanye dalam kuantiti yang banyak…hoho(merry christmas)….arini aku lunch nasi+telur goreng+bergedil+kangkung belacan=makan dengan penuh kenikmatan…alhamdulillah aku dah kenyang…

bila dah kenyang aku pun tulis blog sambil bersin beberapa kali sebab aku makan kangkung belacan tadi…lepas tulis blog aku nak study novel new moon plak…cukup..

  

Protected: Homo sapiens

Posted on by ahaks.
Categories: Uncategorized.

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Enter your password to view comments

Hotspot yang tak hot

Posted on June 10, 2009 by ahaks.
Categories: Uncategorized.

aku ingat bila aku daftar internet dekat library ni, aku bole bertapa kat library ni lame-lame….keadaan hotspot kat library yang tak hot ni membuatkan aku fade up dan tak mampu untuk bertahan lagi….aku nak keluar dari sini sekarang…

nak bukak science direct pun lembab glew…camne aku nak cari journal ni…baik aku dok kt bilik je dengan internet yang cepat tuntas dan pantas tu…haish…aku memang tak bole jadi budak nerd yang selalu lepak library…

aku cuba bertahan untuk setengah jam je lagi…kalau aku still tak bole nak cari journal kat science direct tu…aku akan direct balik kolej…