bahaya weyh….

Posted on June 30, 2009 by ahaks.
Categories: Uncategorized.

aku rasa cam nak mati je kejap tadi…. kalau korang nak tau, aku ni duduk secara haram kat hostel sebab student selain pmbantu universiti dengan MTM tak bole duduk ade kat kawasan UPM mase minggu orientasi junior… disebabkan projek aku yang tak siap lagi tu and tak bole nak delay so aku terpaksa la duduk kat sini… aku dah mintak baik2 dengan pihak pengurusan nak sewa bilik tapi diaorang tak bagi so aku pun aihong je la….jangan nak salahkan aku pulak….

tadi mase aku tengah lepak2 sambil tengok cite taken tetibe ade orang jerit cakap TNC nak datang…. hilang darah aku jap bile dengar… nak mati ke kalau jumpe dengan TNC…. aku memang jenis orang yang gelabah tahap gaban so bila dengar je terus tak bole duduk diam, pastu rasa nak lari je jauh2 dari kolej aku… ja suruh stay je dalam blok..stay kat dalam bilik lepas tu tutup lampu atau nyorok kat bilik study sebab kat situ jarang orang check…

tapi aku ni gelabah tahap gaban la katekan..sumenye aku tak nak… aku yang ade dalam otak aku mase tu… AKU NAK LARI JAUH2, AKU NAK MENYOROK KAT TEMPAT YANG TAK ADE ORANG, AKU TAK NAK TNC ATAU ORANG NAMPAK AKU!!! punye la gelabah mase tu…

tapi aku kesian kat ja, dia penat2 balik sampling kat Linggi tadi pastu dah kena teman aku pegi menyorok pulak tu…. mengantuk dia mase menyorok tadi, sampai je bilik terus tido..hohoho..thanks ja sebab teman aku…

mula2 kiteorang duduk kt kiosk K2…pastu aku rasa tempat tu terang sangat nak menyorok…lagi satu, aku takut kalau tiba2 TNC lalu kat situ….bahaya woh..so, aku ajak ja duduk kat tempat lain yang lagi tersorok..best gak port tu..hahaha tapi banyak nyamuk…kalau aku nak menyorok lagi kat situ aku kena la bawak ubat nyamuk…hoho

tempat aku sembunyi tu aku tak bole bagitau sebab nanti orang bole cari la aku kat situ kalau ade ape2…haha

aku dah penat menyorok tadi so aku nak tido…yang aku tau sekarang ni pengetua kolej aku ade kat pejabat lagi dan aku tak tau dia buat apa kat situ…kalau tetiba pukul3pagi dia nak check bilik tu aku tak tau la kan….cam nak redha je la kalau kena tangkap….memang cari nahas namenye…silap2 kena buang kolej…

ape yang aku fikir sekarang ni, aku nak balik umah!!! tak nak hidup dalam ketakutan camni…aku tak bole hidup macam ni sebab aku ni memang gelabah… bila dah mengelabah semua orang jadi mangsa…kesian2 kat sape2 yang ade dengan aku bila aku dah mengelabah… dan aku menulis ni pun dalam keadaan gelabah jugak takut2 tetibe pengurusan check bilik kan…tengah gelabah =P

helmet aku separuh je???

Posted on June 13, 2009 by ahaks.
Categories: Uncategorized.

aku sakit kepala ni…ni sume sebab kena hujan la siang tadi…aish…basah kuyup aku..

aku ni penumpang setia motor kawan-kawa aku sebab aku tak de lesen…pulak tu, pagi tadi aku kena pegi lab(ari sabtu).. disebabkan kebarangkalian untuk korg dapat bus pada hari sabtu sangat la kecik..solution nye aku jadi penumpang yani… dah jadi penumpang tu aku kena la terima je la ape yang diberi tanpa rungutan, kalau tak nanti orang kata demand la pulak…

sepanjang aku jadi penumpang yang setia..aku hanya dibekalkan dengan setengah helmet je…bukan sebab aku share separuh-separuh dengan membe aku, sebab helmet tu memang bentuk hemisfera… aku tak kesa la pakai helmet tu, yang penting aku bole tumpang orang naik motor pegi mana-mana dan at least ade benda yang bole tutup kepala walaupun tak selamat cam pakai helmet full… tahap keselamatan helmet separuh, half dari helmet full.. tapi tahap keselamatan helmet yang aku pakai tu dah tinggal half je dari helmet separuh, maknenye tahap keselamatan helmet aku tu dah tinggal 1/4 je dari helmet full…sebab tali helmet tu dah tak bole nak ikat dah so kena guna pin dan memang tak ketat pun kalau aku pin… so, kalau accident MACAM MANE?! MACAM MANE?! bole berkecai seh kepala aku ni…aish… tapi aku bersyukur gak…sebab bole tumpang kawan-kawan aku yang sanggup bawak aku dan tak merungut so aku pun tak bole merungut…thanks frens sebab korang sanggup angkut aku pegi sane sini

pagi tadi pegi lab dengan yani sebab tak ade bus… aku cam biasa la pakai helmet separuh tu, penumpang kan….so pakai je la helmet tu tanpa kerisauan… tapi bila nak balik tengah hari tadi, tetibe hujan la pulak… aku suruh yani redah je sebab aku tak kesa, basah pun same-same…. tapi yani kate dalam motor dia ade baju hujan, dia kate muat untuk aku dengan dia…so, tak kesa la kan..

bila dah naik motor dan dah pakai baju hujan tu, aku tarik-tarik baju hujan yang yani pakai just cukup-cukup untuk yani dengan beg kiteorang yang kat tengah tu… abes tu aku?? aku basah la kena hujan… mase atas motor tu, bape kali yani suruh aku tarik baju hujan tu biar aku bole masuk dalam baju hujan tu… tapi memang tak bole.. so, atas motor dalam keadaan hujan lebat dengan kilat yang sambar meyambar mase tu, aku belindung bawah helmet separuh tu je….yani pakai baju hujan+helmet full siap viser lagi tu…. aku ape lagi, bukan setakat basah kuyup, basah kayap terus…

dan sekarang ni aku sakit kepala, so…aku nak tido…

*aku post cite ni sebab aku tau yani nak sangat cite aku dengan dia masuk dalam blog ni….ngeee

aku kena pinang

Posted on June 12, 2009 by ahaks.
Categories: Uncategorized.

pergh…ni memang cite giler la….aku tak sangka benda ni akan betol-betol jadi dalam hidup aku….aku tak ready lagi la dengan benda-benda cam tu….weyh, mati la aku macam ni…ape aku nak buat ni…dah ade orang pinang aku ni….dah la orang yang pinang aku tu orang tua…geli betol aku nak layan orang tua tu…aish…

seriously, memang aku nak nangis bila abah aku kate ade orang pinang aku….aku memang rase menyesal sangat sebab perangai aku yang suka berfoya-foya tu..nah..amek kau, terkena dengan orang tua miang….so, sekarang aku tak tau nak buat ape…

nasib baik la, abah aku bagitau benda tu dalam mimpi..so, bole la aku lari lagi dari orang tua yang pinang aku….aku cepat-cepat sedarkan diri aku…yes, selamat aku…hahaha…

serius weyh, aku emmang takut giler malam tadi…aku memang terpikir-pikir bila aku bangun dari tido….aku memang belum ready untuk sume tu…so..korang dah ready ke untuk sume tu???

lepas ni insyaAllah aku akan cuba la, nak tinggalkan terus tu tak mungkin kot….hoho..kurangkan berfoya-foya kat chat room…ni sebab banyak sangat chating la sampai dapat mimpi ngeri dan menyeramkan tu..aish..

tak tau nak cakap ape…

Posted on by ahaks.
Categories: Uncategorized.

Gay penguins adopt chick..

weyh…aku terkejut glew bila jumpa video ni kat yahoo….aku pun trus post kat blok cz aku perlukan penjelasan… sape-sape yang tau tu please explain kat aku dengan cepat… kalau tak aku akan mula pandang serong kat penguin plak lepas ni…hoho

  

sape adik beradik ko??

Posted on by ahaks.
Categories: Uncategorized.

dalam coursemate aku ade banyak adik beradik….cam dalam family…ade sepupu @ kupu-kupu, mak su, mak long, neni…

kalau korang nak tau…aku adalah anak kepada zuzu, adik kepada fariza dan akak kepada zai… kupu-kupu aku pulak, syfiqah, leha, zimah n susu merangkap anak kepada mak long aku, milen….

tadi aku bru jumpe dengan lagi satu adik beradik…kalau korang nak tau..diaorang ni adik beradik tut tut…haha..nak tau sape diaorang???

nah…ini dia adik beradik tut tut tu…haha

ade lagi gambar diaorg..cam adik beradik

lupe nak gtau…kema adalah neni aku (kena mention, nty neni merajuk, tak dapat la harta…haha)

OK.. 9a.m.

Posted on June 11, 2009 by ahaks.
Categories: Uncategorized.

dah bape kali supervisor aku bagi hint (lebih kurang cam sindir) kat aku suruh jumpe dgn Dr. Ain untuk discuss pasal fungi isolation method. tau je la aku ni snaily girl…so lambat la aku bertindak untuk semua tu…

3ari yang lepas aku bru jumpe journal yang ade method lebih kurang dengan method yang aku kena guna nanti…so..snaily girl perlukan masa untuk study ok! 2ari aku study untuk satu journal tu..bila dah paham dengan confidentnye baru la aku ready untuk jumpe dengan Dr. Ain.

semalam…

pagi, lepak kat library dulu…study dan wat ape yang patut..tapi hotspot yang tak hot kat library telah membantutkan semuanye…

petang, dah confident…g jabatan jumpe Dr. Ain..sampai kat depan bilik Dr… TIADA..owh, ok…tak pe, sabar..tunggu jap dalam 30minit..dah 30minit, banyak nye kasut kat depan pintu bilik Dr. adus…ramai la pulak jumpe Dr petang-petang cam ni…pastu ade sorang foreigner tengah tunggu turn..memang aku tak bole jumpe Dr la arini…

kena la tinggalkan note…(aku dah wat kt bilik note ni, in case kalau Dr tak de tinggal tampal je kt board, tak de la gelabah nak cari kertas nak tulis)

Salam, Dr. Ain,

I’m Natasha, final year project student under Dr. Azwady. Can I meet Dr. tomorro regarding to isolation of fungi method?

Tq Dr.

Natasha (siap tinggalkan no fon n tulis date dengan harapan Dr akan hantar msg o call, kena tulis date kalau tak Dr tak tau note tu zaman bila orang tampal kat situ)

aku pun balik kolej dengan keadaan yang sangat stress… stress bertambah sebab tunggu bus lame sangat so msg kema ajak pegi jogging nak hilangkan stress…

arini bangun kul8.20…dah tau nak jumpe lecturer bole pulak bangun lambat tu…sempat lagi basuh baju+++ sebab bekalan dah abes… pastu mandi, bersiap, sapu tuna atas roti terus keluar bilik, makan sambil jalan sebab dah lambat sangat… naik bus kul9.12+jalan jam= kul9.40 baru smpai jabatan.

terus pegi bilik Dr.Ain dengan harapan dia reply note aku semalam…samapi depan pintu bilik dia trus tengaok note tu…dia reply “Ok..9a.m.” aku tengok jam..9.40..shit..lambat 40minit…sign depan pintu Dr..TIADA..alamak bila la aku nak jumpe dengan Dr ni…amek note tu trus buang dalam tong sampah…

ermmm…try ketuk pintu dulu mane tau Dr ade kat dalam…hampa….Dr. tak de…sedey glew…trus kol zu..

aku: zu, ko kat museum ke?

zu: ha’ah

aku: aku nak datang sane (bukan nak datang je, nak lepak terus)

zu: datang la…

mengadu nasib dengan kema dengan zu…pinjam laptop kema, check bolg jap…main-main jap…

kul10.30 turun bilik Dr…aish..budak master lak tengah jumpe dengan Dr…aku pun naik museum balik…

kul11.30 turun balik….aku pun ketuk pintu dengan bagi salam…yes!! Dr ade…so…berdikusi la kami…haha..hepinye…

hepi nye aku dah tau camne nak isolate fungi….trus jalan pegi bus stop dengan hati yang menyanyi riang nak balik kolej… sampai lupe, aku nak pegi library lepas jumpe Dr Ain…

turun je bus..kaki aku dengan pantas jalan pegi foodcourt dengan telinga yang dengar lagu 4minutes, naikkan adrenalin rush aku, wat aku excited untuk makan…sampai kt foodcourt, tetibe je arini sume lauk nampak sedap(sebab hati tengah senang)…so aku amek semuanye dalam kuantiti yang banyak…hoho(merry christmas)….arini aku lunch nasi+telur goreng+bergedil+kangkung belacan=makan dengan penuh kenikmatan…alhamdulillah aku dah kenyang…

bila dah kenyang aku pun tulis blog sambil bersin beberapa kali sebab aku makan kangkung belacan tadi…lepas tulis blog aku nak study novel new moon plak…cukup..

  

Protected: Homo sapiens

Posted on by ahaks.
Categories: Uncategorized.

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Enter your password to view comments

Hotspot yang tak hot

Posted on June 10, 2009 by ahaks.
Categories: Uncategorized.

aku ingat bila aku daftar internet dekat library ni, aku bole bertapa kat library ni lame-lame….keadaan hotspot kat library yang tak hot ni membuatkan aku fade up dan tak mampu untuk bertahan lagi….aku nak keluar dari sini sekarang…

nak bukak science direct pun lembab glew…camne aku nak cari journal ni…baik aku dok kt bilik je dengan internet yang cepat tuntas dan pantas tu…haish…aku memang tak bole jadi budak nerd yang selalu lepak library…

aku cuba bertahan untuk setengah jam je lagi…kalau aku still tak bole nak cari journal kat science direct tu…aku akan direct balik kolej…

  

new moon

Posted on by ahaks.
Categories: Uncategorized.

THE”>http://vids.myspace.com/index.cfm?fuseaction=vids.individual&videoid=58185785″>THE TWILIGHT SAGA: NEW MOON trailer in HD

 

ni je yang aku sempat wat so..korang tgk dulu trailer cite ni…nanti aku story lg k…

PSAS HotSpot

Posted on by ahaks.
Categories: Uncategorized.

arini aku mesti siapkan gak keje aku…tak bole nak berfoya-foya lagi…

so..aku kena lepak kat library kalau nak siapkan semua kerja..tapi untuk memastikan aku bertahan duduk kat library ni, aku perlukan seuatu untuk memastikan aku boleh bertahan kat sini….

haaaa….nah ini dia…aku perlukan internet kat sini…so terpaksa la aku pegi mendaftar untuk HotSpot library…

kat kaunter…

akak: nak ape dik?

aku: nak daftar inernet…

akak: bagi kad matrik

(dia scan & tekan-tekan keyboard)

akak: 1st time ke daftar…

aku: ha’ah..(malu seh…aku kt sini dah nak masuk semester 7, ni baru 1st time nak daftar internet..nampak sangat la jarang masuk library…huhu)

akak: keluarkan laptop..nak scan..

(dia scan…teettt)

akak: ni password..

aku: terima kasih..

so…sekarang ni aku kat library untuk siapkan keje…tapi sempat lagi nak post benda yang tak penting ni…haha

enough…enough….wat keje sekarang