erm…sukar…

Posted on November 22, 2009 by ahaks.
Categories: Uncategorized.

tak tahu la kenapa aku dengan dia cam tak de chemistry…bukan sebab kitrog tak amek klas kimia yang same tapi sebab kitorang tak boleh berbual dalam waktu yang lame…bila berbual lame sikit je mula la rase cm sakit hati je, cam nak gaduh je sebab aku tak bole terima ape yang dia cakap dan kadang2 dia pun tak boleh nak terima ape yang aku cakap…kitorang cube berbaik, try to care about each other tapi yang tak bestnye bila berbual je mesti ending nye cam menyakitkan hati je…tu yang kadang2 rase malas nak berbual dengan dia…

tapi still tak bole mengelak sebab segala masalah, rasa, rahsia sume dah dikongsi..bila ade rase, ade masalah dan rahsia yang nak dikongsi tak bole nak elak daripada dia, mesti nak luahkan dekat dia…tapi setiap perbualan mesti berakhir dengan perkara yang menyakitkan hati….

esok, lusa dan seterusnye….mesti cari dia lagi walaupun aku tau nty aku akan sakit hati lagi….

erm….aku rase maybe dia ego sangat dan aku main2 sangat….

  

aku sakit hati lagi hari ni…. 

dia baik, aku yang jahat

Posted on November 19, 2009 by ahaks.
Categories: Uncategorized.

tu la keadaan sebenar sekarang….

aku yang terlalu berfikiran negatif tentang orang itu tapi hakikatnya, dia adalah yang sebaliknya…..

semalam aku jumpe orang tu dan dia marah aku sebab dia tengah pressure dengan aku wat keje terhegeh2 lagi tu….tak tau la bila nak siap…

dan pagi tadi dia jumpe aku, tanye pasal keje aku dan memotivasikan diri aku….

’saya tak nak ungkit hal lame…saya nak awak buat ape yang awak mampu…’

tu la keadaan sebenar….berbeza dari keadaan yang aku rasakan….

dia baik…tapi aku jahat sebab selalu burukkan dia…mungkinkah dia akan maafkan aku??? berkat tak ape yang aku dapat dari dia kalau aku buat dia macam ni

  

terapung-apung selama 2 hari

Posted on November 17, 2009 by ahaks.
Categories: Uncategorized.

Aku baru je abes final exam ari kamis lepas…satu kelegaan bila satu bebanan dah lepas dan aku berharap aku dapat fokus pada bebanan seterusnye tanpa perlu fakir pasal benda lain.

Kamis malam jumaat aku tak dapat tidur dengan nyenyak sebab fikir pasal projek yang tak settle lagi. Ari jumaat hampir seharian aku dekat lab….ari sabtu dan ahad aku nak berehat je…tapi aku penat la sabtu ngn ahad sebab aku jadi pelarian, aku merempat…bilik aku jadi store, ari sabtu orang dah mula masukkan barang kat dalam bilik sampai aku rasa tak selesa. So aku kena dok kat bilik lain, aku tumpang bilik syu ngn da..tapi aku tak boleh tumpang lame sebab diaorang balik ari ahad…pada aku dapat tumpang tido pun jadi la..

Daripada aku tumpang bilik orang lebih baik aku pegi pejabat try mintak bilik sendiri. Ari sabtu petang aku try pegi pejabat nak mintak kunci bilik sewa sebab aku nk pindah keluar dari bilik aku. Tapi disebabkan kerenah birokrasi gila pengurusan kolej aku tu, aku tak dapat pun kunci bilik sewa.

Nak tau kenapa aku cakap diaorang gila?? Sebab mase aku datang ari sabtu tu dia mintak aku surat….wtf…diaorang tak ade cakap pun suruh buat surat mase aku isi borang nak sewa bilik tiga  minggu lepas, tibe2 je cakap nak surat, pastu surat nak ade tandatangan lecturer…aku pun cakap la dengan akak tu yang aku tak tau kena buat surat, dia dengan selambanye jawab, memang la sebab pengurus baru bagitau semalam(jumaat)…kepala hotak dia..baru bagitau semalam tapi tak bagi tau aku pun, bila aku mintak kunci ari sabtu dia mintak aku surat…sebab tu la aku cakap diaorang gila, diaorang suka wat keje gila.

Pastu akak kat pejabat tu bagitau, ape2 pun aku still kena pulangkan kunci ari ahad jugak, kalau tak aku kena denda…what the hell aku nak pegang kunci bilik lame2 kalau aku sendiri tak bole dok dalam bilik tu, penuh dengan barang, aku tau la kena pulang kunci. Tapi dia kate aku bole amek kunci bilik sewa ari isnin….BODOH!!! mane aku nak duduk ari ahd malam isnin tu???

Aku dah tension sangat nak pikir pasal sume benda tu, aku lepak je kat bilik da ngn syu..aku tak bole nak wat keje sebab barang aku kat bilik lain…so aku pun TIDO..

Ari ahad aku pegi pejabat pulang kunci…syu dengan da nak balik…aku tak tahu nak duduk mane kalau diaorang balik….last choice yang aku ade ialah bilik eli, barang2 aku sume aku tumpang bilik eli, jr aku. At least barang aku kat tempat yang selamat. Petang tu aku ngn tun pegi pejabat dengan harapan bole dapat kunci bilik sewa.

Ni lagi satu keje gila pengurusan…korang dah tau kan student kena pulang kunci ari, maknenye student kena keluar dari bilik arini. So student yang nak sewa bilik pun kena keluar tapi bila mintak kunci bilik sewa tak nak bagi…korang tak pikir ke mane student menyewa nak duduk…sekarang aku rasa cam teraniaya sangat, aku rase mesti anak korang hadapi akan benda yang same yang aku hadapi sekarang cuma 10kali lebih teruk je dari ape yang aku rasa…

Korang dah tau student yang menyewa nak masuk bilik arini, korang bagi je la…bole pulak orang yang incharge untuk urus bilik sewa ni tak datang…weyh, orang bukan tak bayar la duit sewa tu, bila orang nak sewa bilik ko tak bagi, orang bayar la, ko nak dapat duit secara halal ko tak nak…suka gak makan duit haram…mane tak nye pembantu tadbir pejabat pakai perdana V6… kalau ko dah tau tak bile datang, ko mintak tolong la mmbe2 ko kat pejabat tu settlekan, pengurusan ni pun satu, name je orang pengurusan, duduk satu pejabat, keje dalam pengurusan pun tak tau, tak bole nak pikir cara nak settlekan benda yang simple, nty bila student datang nak marah je…bila datang petang marah, bila datang pagi pun marah sebab kacau nak baca surat khabar pagi2, kacau orang nak sarapan…kalau petang datang tengah hari pun susah, lepas lunch orang pun tak datang lagi walaupun mase tu dah kul3ptg…bila datang petang, kenapa dah petang baru nak datang, kiteorang dah nak balik….

aku pun tak tahu sistem pengurusan ape yang diaorang amalkan….

esok aku nak settlekan sume benda, aku tak nak terapung2 lagi sampai keje aku pun tergendala….$#@%$@%#

2 ari ni, emosi aku terganggu seh…memang best buat entri time2 cmni…sebab nak luah kan rasa hati…

  

el em pi kay…..

Posted on October 27, 2009 by ahaks.
Categories: Uncategorized.

cepatnye masa berlalu…dah tibe masenye aku melangkah selangkah kehadapan…bulan januari 2010 ni aku dah kena pegi el em pi kay (LMPK), latihan mengajar….maksudnye aku kena pegi mengajar kat skola….

sebagai salah seorang orang pertama yang mengejar penyelaral LMPK, Dr.Misri…aku berjaya dapat same skolah dengan rina…aku tak kesa pun dapat skola mane yang penting ade member….maklum la..aku ni pemalu, penyegan tahap gaban…memang tak ley idop la kalau sorang2…

bila dah dapat pilih sekolah,,aku terus abaikan, tak nak pikir pasal LMPK..aku nak pikir exam dulu….sekarang dah abes exam, aku terus search pasal skola yang aku akan pegi nty….korang nak tau aku dapat skola ape????

hahaha….aku dapat sekolah menengah agama berasrama….

bila aku nampak je perkataan asrama tu aku dah mula rase cam disaster je sebab aku terus teringat balik sume benda yang tak baik aku penah buat mase aku dok asrama dulu….aku tak nak cite kat sini..nty kantoi pulak…member2 satu asrama ngn aku je tau sume cite pasal aku dan sume benda yang aku dah buat dulu….

aritu mase klas kepimpinan pendidikan..Dr.Ramli dah cakap ngn aku…ape yang aku buat mase skola dulu..akan kena kat aku maybe 10kali ganda lebih teruk….waaaaaaaa!!!!!!

aku tak tau la ape nasib aku bila mengajar kat skola nty…..doakan aku berjaya tau…..

lagi satu yang wat aku rase risau nak pegi skola tu sebab skola tu skola agama….erm….aku ni bukan la hebat pun pasal agama…tudung pun pakai tak betol lagi…tu yang rasa nak pakai selendang je pegi mengajar nty…memadangkan aku dapat skola beragama….niat yang suci, murni dan halus untuk berselendang tu terus terbantut….so, better aku pakai tudung cam biasa, tak bole buat kupu2 ke….puncak kasih ke….kalau nak pakai tudung labuh tu…aku rase belum sampai seru kot…..wakaka…

aku dah mengantuk ni sebab seharian study (cam rajin sangat je study) pastu malam exam pulak…tak larat nak tulis panjang2…

good nite, love..kis…&….hug…..muah…..nice dream….weeee~~~~~~

bila….

Posted on October 23, 2009 by ahaks.
Categories: Uncategorized.

bila dah dapat tenet, tangan mula rase gatal nak click2 mouse n keyboard nak online…otak asyik fikir je nak bukak web ape, nak bace blog sape, nk tulis ape kat blog…

bila dah start online, mula rase malas…malas nak mandi sebab takut tenet slow bila dah ramai online, mandi pun bila dah azan sebab nak sembahyang maghrib..malas nak bukak buku sebab buku selalu ade, tapi tenet kadang2 ade kadang2 tak de…makan roti pun depan laptop, bukak plastik roti, bukak tuna sapu tuna atas roti depan laptop pastu terus sumbat masuk mulut sebab tangan nak tekan keyboard lagi…

bila dah dapat tenet, ramai la yang online sebab dah lame tak online…nak online kat fakulti kena bawak laptop, leceh je…sanggup tak online, nak tunggu gak uspot okay…

bila uspot dah okay…ramai yang online, tenet pun terus jadi lembab cam siput sedut…nak bace surat khabar pun amek masa, dari 1jam boleh jadi sampai 3jam sebab nak loading…nak beli surat khabar, xde duit, jangan bazir sumber alam, kalau kita bazir kertas banyak2 nty makin banyak pokok kena tebang, makin banyak sampah yang kite buang…kalau beli surat khabar pun bukan boleh buat ape pun lepas tu…buang je….jadi sanggup tunggu 3jam untuk bace surat khabar kat tenet.

bila dah bosan dengan tenet yang lembab, hati terus macam teruja nak study pulak…sebab sume orang sibuk online..jadi diaorg tak study, so aku kena la study…apekah???

bila nak study…tibe2 rumet buka lagu….lagu elyana, play list penuh dengan lagu elyana, cam kompilasi lagu2 elyana…siap nyanyi2 lagi tu…macam nak dengar kompilasi lagu2 tu sampai abes je….dah tak boleh nak concentrate…

bila tak boleh nak concentrate, mula rase boring…mulut mula rase gatal nak berbual…tapi rumet asyik nyanyi je…dalam otak ade banyak benda nak bual…

bila banyak benda nak bual tapi tak de member nak bual…terpakse jerit dekat YM! post shout out je, tukar2 je shout out aku….penat la asyik nak tukar….

bila penat nak tukar shout out kat YM!…dan rase nak berbual tapi tak de member…terus luahkan kat blog….banyak lagi benda nak cakap ni…tapi dah isya’ pulak…

bila dah isya’………

~~~~~ renung2 kan dan selamat beramal….haha

6jam kredit….

Posted on October 19, 2009 by ahaks.
Categories: Uncategorized.

projek aku 6 jam kredit…sangat banyak tapi skarang ni aku tak mampu nak siapkan projek aku lagi…

ape yang aku rasa skarang ni….aku akan buat projek aku setakat mane yang aku mampu je…aku redha je dengan ape pun result projek yang aku dapat sebab aku tak mampu nak buat yang terbaik….maknenye aku terpakse lepaskan 6jam kredit aku macam tu je…

ape yang berlaku ni bukan salah sape2 tapi memang salah aku sendiri..sebab aku ni tak reti nak buat keje…aku memang serabut jadi sume keje aku pun serabut je sebab tu la jadi macam ni….aku pun tak pasti bila sume ni akan berakhir…

aku harus terima ape pun pointer yang aku dapat untuk sem ni…

tak mampu

Posted on October 6, 2009 by ahaks.
Categories: Uncategorized.

aku dah tak mampu untuk lakukan semua benda….aku dah tak larat… aku memang tak boleh wat kerja-kerja tu sebab aku memang sangat lemah…bukan taraf aku, aku tak mampu utnuk menandingi orang lain….aku dah tak tau macam mane nak luahkan semua ni…

tapi ape yang aku rase…memang aku tak mampu…

aku hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah…

keadaan semakin sukar….

masa depan yang tak pasti entah ke mana…

ko senang, aku susah

Posted on October 2, 2009 by ahaks.
Categories: Uncategorized.

kalau ko lawa, sume org suke kat ko, baik dengan ko kan…kalau ko lawa dan pandai, pandai dalam segala hal…sume baik dengan ko sebab suka dengan ko senang dengan ko.. kalau ko lawa tapi tak pandai, orang tetap baik dengan ko..

tapi..kalau ko tak lawa, sume orang tak kesa pasal ko, tak hiraukan ko..buat tak tahu je dengan ko….bak kate orang, pandai-pandai la ko nak idop. kalau ko tak lawa tapi pandai, ade la jugak orang yang buat baik dengan ko mungkin untuk kepentingan mereka, nak mintak tolong ke ape ke kan… kaalu ko tak lawa, pastu tak pandai, lebab plak tu, slow giler kalau wat keje, memang la ko slalu kena marah, orang akan bagi ko kerja banyak biar idop ko makin susah, ko makin gelabah then otak ko makin tak berfungsi supaya ko makin bodoh..

tapi aku nak tanye, adil ke kalau paras rupe yang jadi ukuran untuk idop ko senang sekarang???

cube la korang fikir..patutnye orang yg slow dan lembab tu la yang patutnye dibantu beri tunjuk ajar, jangan bagi banyak-banyak kerja. kalau banyak kerja lagi la diaorang tak bole buat.. kalau ko nak jadi cikgu pun ko belajar cam mane nak ajar budak yang tak pandai dengan budak pandai… tapi mungkin orang yang bagi kerja tu tak amek bidang pendidikan jadi dia tak tahu la macam mane nak bagi tugasan pada pelajar yang bermasalah slow dan lembab tu…

kadang2 aku rase idop ni macam tak adil…sebab orang yang lawa dan pandai akan tahu ape yang dia kena buat bila dia dibagi kerja… korang nak tahu macam mane dia boleh tahu??? sebab orang banyak tolong dia, orang tu terangkan dekat dia ape yang dia kena buat, kenapa dia buat benda tu…orang pun suke bagi dia hint dan clue kalau dia nak kena soal dengan orang pasal kerja yang dia buat… lepas tu keje dia sikit je sebab orang tak nak dia penat, tak nak dia main kotor2 nty dia dah tak lawa, dia comot….kalau orang lawa ni, orang lain senang cair dengan dia, layan lebih sikit, pujuk rayu sikit je dah senang…terus je, tak pe tak payah buat kerja tu.tak pun terus je bagi jawapan kalau dia tak tahu…

kalau orang yang tak lawa pastu lembab ni…kalau cakap je tak tahu ape pasal kerja yang kite buat terus nak kate kite ni tak reti wat keje, tak paham la…bila nak mintak kurangkan sikit kerja je orang terus cakap, kenapa nak kurangkan kerja? kalau buat kite buat benda yang kite sendiri tau tahu ape yang kite buat memang la susah, memang la penat…tapi aku rase, orang tu sebnarnye nak cakap, ko tu bodoh tak paham2 lagi pasal kerja ko, tak reti wat keje, wat keje pun slow, kenapa la ko ni bodoh sangat, macam mane la bole dapat orang macam ko, aku benci ko… pastu bila nak tanye pasal benda lain pun, orang dah macam nak tak nak je layan…pandai2 la ko buat..

sume orang kate, mingkin ade hikmah kenapa ko kena macam tu, ko dapat keje yang susah tu, idop ko susah sekarang…aku selalu fikir sebab cam tu untuk tenangkan diri aku, nak ilangkan pressure. tapi makin lame aku dah makin tak tahan dengan keadaan sekarang..aku macam dah tak mampu nak hadapi semua tu sebab aku dah terlalu penat…ape yang aku buat sekarang sume tak kena…yang dikendong tak dapat, yang dikejar keciciran…

aku dah tak mampu bertahan lagi untuk hadapi dugaan hidup

Ya Allah..berilah kekuatan dan ketabahan kepada hambamu ini dalam menghadapi dugaan hidup…berilah ketenangan kepada hambamu ini..hanya kepada mu aku berserah..amin.

rasa

Posted on September 6, 2009 by ahaks.
Categories: Uncategorized.

macam2 rasa…. rasa yang aku sendiri tak boleh nak ungkapkan…

BAHAGIA??

STRESS??

SERONOK??

SEDEY??

HEPI??

apekah???

aku pun tak pasti…

tapi aku dapat merasainya sekarang…

dah lari

Posted on August 21, 2009 by ahaks.
Categories: Uncategorized.

aku tau aku dah lame tak tulis blog so feel nak tulis blog pun dah ilang….mase aku bosan2 tunggu bus pagi tadi aku pun teringat kat blog aku yang dah lame tak update ni..hurmm…aku berfikir nak buat post pasal ape ek???

tetibe aku teringat pulak kat tikus aku yang dah lari tu…aku lum pernah kenalkan tikus peliharaan aku tu kat sesape lagi melainkan rumet aku mase 2nd year dan beberapa kawan aku….

aku beli tikus tu mase aku 2nd sem of 2nd year, mase tu memang sangat budak2 la…tak matang lagi, sekarang dah matang!!!! giler kentang, aku sekarang ni…muahahahaha!!!(gelak jahat)

b4 aku beli tikus tu aku dah study sket pasal tikus2 ni sume…aku tengaok orang bela tikus tu sangat senang..manja gilew tikus diaorang tu sebab penjaga diaorang tak penah tinggalkan diaorang. so, untuk ade tikus yang manja dan baik tu aku kena la jadi penjaga yang baik, kan? mase beli tikus tu aku dah berjanji untuk jadi oenjaga yang baik…

tikus yang aku beli tu sangat jinak…dia tak takut dengan orang pun, sangat mesra alam…so, tak perlu la aku bersusa payah untuk jinakkan tikus tu. kitorang selalu sangat bersama, melainkan mase pegi kelas sebab aku memang bela tikus ni kat dalam bilik.

bila dah half sem tu baru aku berani bawak tikus tu keluar dari bilik pegi fakulti, pegi kolej kawan aku dan tikus tu sangat hepi….kiteorang sgt bahagia dan gembira bersama….tapi aku tak tau mane silapnye..same ade dia dah jumpe tuan yang lebih baik dari aku atau dia nak cuba jadi independent ke, aku tak tau la…

tikus aku lari…dia lari mase aku tengah leka dengan kawan2 aku…mungkin dia rase terasing kot…tapi…ntah la…

aku takut kalau tkus aku tu rosakkan barang2 kat store satu upm nih…dia gigit sume baju2 orang ke…risau gak aku…tapi kalau dia tak makan tu, lantak dia la…haha

aku sedih sangat bila aku tikus aku tu lari…tapi aku redha je la..sebab tikus tu murah je, kalau ilang pun bila2 mase bole beli…untuk mengubat hati yang lara ni aku beli lagi sekor tikus dan kiteorang sanagt bahagia…tapi…ku sangka aku ni demokratik, rupanye aku ni autokratik…dia lari sebab tak tahan hidup dengan aku…aicehceh, siap tak tahan tu…hohoho

tikus ni pun lari jugak….

tapi tak ape, aku tak kesa pun…ko lari aku bole beli lain….muahahaha

isnin ni, 24/8/09, ade pc fair kat dewan besar upm…

aku nak beli lagi sekor tikus =P (emoticon tak ley nak guna pulak)